Thursday 1 March 2012

Apa sebenarnya TELEKOMUNIKASI??




TELE dalam bahasa Greek bermaksud jauh. Telekomunikasi boleh didefinisikan sebagai komunikasi jarak jauh dengan menggunakan telefon, telegraf, televisyen dan sebagainya. Apa pula yang dimaksudkan dengan komunikasi? Komunikasi bermula apabila sesuatu mesej (maklumat, idea, fikiran) daripada pengirim dipindahkan (enkod) menerusi alat atau saluran tertentu kepada penerima yang kemudiannya akan memberikan maklum balas (dekod) mesej tersebut.Secara umumnya, telekomunikasi adalah merupakan suatu proses pertukaran maklumat daripada penyampai (saluran) kepada penerima diantara beberapa sistem komputer yang pada dasarnya melibatkan komunikasi elektronik jarak jauh. 

 

Perkembangan teknologi komunikasi adalah seiring dengan perkembangan teknologi komputer.

Terdapat beberapa elemen utama yang memainkan peranan penting dalam telekomunikasi dan sistem komputer. Antaranya :
  • Manusia
  • Prosedur
  • Data / Maklumat
  • Perkakasan (hardware)
  • Perisian (software)
  • Komunikasi


2 comments: