Tuesday 27 March 2012

NETWORK TOPOLOGY

Network Topology merujuk kepada bagaimana komputer-komputer disambungkan secara pemetaan dan ianya juga menunjukkan bagaimana sesuatu rangkaian itu direka bentuk (design/lay out). Ia terbahagi kepada 2 jenis iaitu topologi fizikal dan topologi logikal.

Topologi Fizikal :
Rangkaian yang melibatkan penggunaan perkakasan (hardware).

Topologi Logikal :
Rangkaian yang menggunakan kaedah pengaliran maklumat dari satu komputer kepada satu komputer yang lain yang terdapat dalam workstation.

Jenis-jenis Topologi Fizikal

1. Linear Bus
~ Linear bus juga dikenali sebagai rangkaian tulang belakang (backbone network).
~ Terdiri daripada satu kabel utama dengan terminator dikedua-duan hujungnya yang berfungsi sebagai alat untuk mengesan signal yang disalurkan pada kabel rangkaian.
~ Hanya satu komputer sahaja yang boleh menghantar maklumat dalam satu masa.
~ Maklumat akan dihantar melalui kabel dari satu komputer ke satu komputer yang lain sehingga maklumat sampai pada address khas.
~ Biasanya digunakan di kawasan yang kecil ; pejabat.
~ eg :  Ethernet & LocalTalk


2.  Star 
~ Setiap satu komputer disambungkan pada concentrator atau juga dukenali sebagai hub.
~ Semua maklumat yang dipindahkan daripada satu komputer ke komputer yang lain adalah melalui hub.
~ Hub adalah merupakan pusat kepada rangkaian dan berfungsi untuk mengawal trafik aliran maklumat.
~ Hub juga berfungsi sebagai repeater yang mana ianya mengambil dan mengumpul semua isyarat yang sampai kepadanya dan menghantar semula maklumat melalui laluan seterusnya.
~ Kebiasaanya menggunakan twisted-pair, coaxial cable dan fibre optic cable. 
~ Kerosakan pada komputer tidak menjejaskan rangkaian. 
~ eg :  Ethernet & LocalTalk



3.  Tree
~ Ianya adalah kombinasi linear bus dan star
~ Ia mengandungi kumpulan-kumpulan star yang bersusun dan bertulang belakangkan linear bus. 
~ Juga dikenali sebagai rangkaian hub to hub.
~ Rangkaiannya lebih luas dengan adanya repeater pada hub utama. 


NIC (Network Interface Controller)

Ianya adalah komponen perkakasan komputer yang menghubungkan komputer kepada rangkaian komputer. Tugas NIC adalah untuk mengubah aliran data paralel dalam linear bus menjadi bentuk data selari. Ianya berfungsi sebagai pengirim data kepada komputer lain dalam jaringan dan mengawal pengaliran data antara komputer dan sistem kabel. 


Tuesday 20 March 2012

NETWORKING

Apa sebenarnya networking?? Networking adalah merupakan sambungan antara 2 atau lebih perkakasan komputer yang terpisah secara fizikalnya tetapi ianya disambung secara operasi dan merupakan satu sistem perkongsian data, perisian, pertukaran maklumat, komunikasi dll. Pemindahan maklumat ini boleh dilakukan melalui kabel, gelombang, infrared dan satelit.

Antara kelebihan networking adalah ;
  • berkongsi fail, data dan perisian
  • mudah untuk memindahkan fail
  • kurang kos dan menjimatkan masa
  • penggunaan email
Jenis-jenis sistem rangkaian :

1. LAN (Local Area Network)
2. MAN (Metropolitan Area Network)
3. WAN (Wide Area Network)

Komponen Rangkaian :
 
1. Terminals, Workstations, Computers dll
~ setiap satu komputer dikhaskan sebagai file server yang mana ianya menyimpan semua perisian yang mengawal rangkaian dan segala perisian boleh dikongsi oleh semua komputer yang disambungkan kepada rangkaian. Komputer2 yang bersambung dengan file server dikenali sebagai workstations.

2. Transmission Media
~ianya merupakan media yang digunakan untuk menghantar data di dalam persekitaran rangkaian.
~ i) Bounded ; twisted pair wire, co-axial cable, fibre optic cable
~ ii) Unbounded ; AM n FM radio, TV broadcasting, satellite communication, microwave radio dan infrared signal.

3. Network Electronic Devices 
~ merupakan alat yang digunakan untuk mengawal penghantaran data daripada sumber kepada destinasi.
~ e.g ; bridges, routers, private branch exchange (PBX), multiplexer, switched, hubs dll.

a) Bridges (Jambatan)
- berfungsi membenarkan satu rangkaian yang besar dibahagikan menjadi dua buah rangkaian yang kecil.
-ada protokol yang mana setiap bridges menyediakan antaramuka (interface) yang serasi.

b) Routers 
- membina atau menguruskan satu jadual laluan yang telah dikenal pasti.
- digunakan untuk menterjemah maklumat antara rangkaian yang berasingan.
- urusan penghantaran isyarat adalah begitu berkesan.

c) Hubs 
merupakan tulang belakang bagi sesebuah rangkaian (main circuit).
- mengawal trafik aliran maklumat dalam rangkaian supaya tidak berlaku perlanggaran maklumat.

4. Software
~ ianya merupakan perisian pada node yang biasanya melibatkan teknik dan protokol yang bertugas untuk menentukan peraturan dan prosidur bagi menghantar data, menamatkan data, terjemah data, kawal kesalahan dan mempersembahkan data. Tujuan software adalah untuk memastikan data yang ingin dihantar sampai ke destinasi. 

5. Network Operating System (NOS)
~ sistem ini bertanggungjawab untuk mengawal lalu lintas pada rangkaian, membenarkan dan menghalang pemindahan data antara workstations, mengelola permintaan dan pesanan di antara pengguna rangkaian dan ianya juga mengelolakan hubungan di antara jaringan dan likasi-lokasi jarak jauh.

Wednesday 14 March 2012

DATA COMMUNICATION

Data communication didefinasikan sebagai satu proses pertukaran/pemindahan maklumat yang berbentuk digital antara 2 peranti dengan menggunakan sis. penghantaran elektronik. Data ini mempunyai pelbagai format seperti .mp3, .mp4, .doc, .jpg, .gif, .avi dan lain-lain.

Terdapat 2 jenis isyarat yang digunakan dalam data communication iaitu isyarat analog dan isyarat digital.
Isyarat analog mempunyai isyarat yang berbeza-beza frequency (Hertz) dan amplitude (V/dB). Frequency dan amplitude dalah merupakan parameters bagi sesuatu gelombang dan mempunyai ralat yang lebih luas dan akan menghasilkan sine waves. Manakala isyarat digital pula adalah penghantaran digital yang akan ditukar ke dalam kod binari yang terdiri daripada dua unsur iaitu 1(on) dan 0(off). Ini merupakan bahasa komputer dan ianya mempunyai ralat yang kecil, lebih selamat, murah dan mudah untuk proses interface. Ianya akan menghasilkan square wave dan perlu ditukar kepada isyarat analog dan kemudiannya ditukar semula ke dalam bentuk digital supaya mudah untuk difahami oleh sis. komputer.

Mod Penghantaran Data

Terdapat dua cara untuk memindahkan data binari dari satu tempat ke satu tempat yang lain iaitu secara siri (serial) atau selari (parallel).
  • Siri (Serial) : setiap bit dihantar satu persatu melalui satu kabel dan kadar penghantaran adalah rendah/lambat.
  • Selari (Parallel) : semua bit dihantar secara serentak dan penggunaan kabel adalah banyak namun kadar penghantara data adalah tinggi/cepat.
Penghantaran siri dan selari adalah berbeza kerana ia mempunyai teknik tersendiri.
1. Teknik Synchronous
2. Teknik Asynchronous

Teknik Synchronous
Terdiri daripada blok atau FRAME dimana sejumlah data yang besar akan dihantar secara segerak dan penerima dan penghantar mesti dalam keadaan segerak untuk stu jangka masa yang lama.

Teknik Asynchronous
Teknik ini sama dengan mod penghantaran siri dimana data dihantar secara bebas dan penerima akan melakukan proses pergerakan pada setiap permulaan data yang baru diterima.

Pengaliran Data

Terdapat 3 cara pengaliran data iaitu :
  • Simplex
  • Half-duplex
  • Full duplex
1. Simplex : data dihantar melalui satu hala sahaja.
                 : e.g ; penyiaran radio dan TV.

2. Half-duplex : data dihantar secara dua hala tetapi tidak pada masa yang sama.
                       : e.g ; walkie-talkie

3. Full Duplex : data dihantar secara dua hala dan berlaku pada masa yang sama.
                      : e.g ; telefon

Thursday 8 March 2012

Web Searching

Apa itu Web Browser?
Web browser merupakan aplikasi perisian (software) yang mempamerkan halaman web dan membolehkan kita sebagai  pengguna untuk berinteraksi dengan teks, gambar dan informasi yang ada pada website World Wide Web ataupun jaringan setempat. Aplikasi ini berfungsi untuk memberikan akses kepada pengguna ke World Wide Web. Antara aplikasi yang popular pada masa kini adalah Mozilla Firefox, Microsoft Internet Explorer, Opera, Apple Safari, Netscape dan sebagainya.



Search Tools
Ada beberapa alat yang boleh kita gunakan untuk mencapai maklumat daripada internet ;
  • Search Engine 
  • Subject and Name Directories
  • Meta-search
  • Specialized tools
  • Searchable Database dll.
1. Search Engine
- membantu pengguna untuk mencari halaman web terhadap sesuatu maklumat.
- mengekalkan data websites.
- segala maklumat akan diindekskan dengan tujuan memudahkan maklumat yang
  perlu digapai dengan kadar segera.
- e.g : Google, Yahoo!, Altavista, HotBot, Ask, Lycos dll.

2. Directories
Apa yang saya faham mengenai direktori ini adalah ianya memerlukan kita sebagai pengguna untuk memilih apa yang kita nak cari dan sistem komputer itu sendiri akan memberi tindak balas terhadap apa yang kita perlukan. Segala direktori ini akan disusun mengikut kategori subjek dan ianya berbeza skop bagi setiap direktori. Direktori ini juga mempunyai sub-direktori dan ianya lebih terperinci.
- e.g : http://www.lib.berkeley.edu/TeachingLib/Guide.html
- /TeachingLib/Guide.html adalah merupakan sub-direktori.

3. Meta-search
- alat yang menghantar permintaan pengguna kepada beberapa search engine yang lain.
- boleh mengakses beberapa search engine yang lain secara serentak.
- membantu pengguna dari perlu menggunakan beberapa search engine secara berasingan.
- juga dikenali sebagai pengkalan data.
- e.g :Dogpile : www. dogpile.com

Search Technique
Untuk mengakses atau mendapatkan maklumat daripada internet, kita memerlukan teknik dengan yang betul. Antaranya ;
- penggunaan direktori yang betul.
- penggunaan search engine secara efektif.
- penggunaan meta-search.
- mengaplikasikan strategi dan teknik carian yang bertepatan.
- menggunakan Boolean logic sperti ; "AND", "OR", "AND NOT" and "NEAR".
  e.g : cognitive theory AND development.






p/s : maaf kalo sekiranya ape yg sy tulis ad silap kt mana2 atau ad trkurang dari segi isinye...kalo ad yg slah, tlong betulkn...thanx..:-)
        



                          

        

Thursday 1 March 2012

Apa sebenarnya TELEKOMUNIKASI??




TELE dalam bahasa Greek bermaksud jauh. Telekomunikasi boleh didefinisikan sebagai komunikasi jarak jauh dengan menggunakan telefon, telegraf, televisyen dan sebagainya. Apa pula yang dimaksudkan dengan komunikasi? Komunikasi bermula apabila sesuatu mesej (maklumat, idea, fikiran) daripada pengirim dipindahkan (enkod) menerusi alat atau saluran tertentu kepada penerima yang kemudiannya akan memberikan maklum balas (dekod) mesej tersebut.Secara umumnya, telekomunikasi adalah merupakan suatu proses pertukaran maklumat daripada penyampai (saluran) kepada penerima diantara beberapa sistem komputer yang pada dasarnya melibatkan komunikasi elektronik jarak jauh. 

 

Perkembangan teknologi komunikasi adalah seiring dengan perkembangan teknologi komputer.

Terdapat beberapa elemen utama yang memainkan peranan penting dalam telekomunikasi dan sistem komputer. Antaranya :
  • Manusia
  • Prosedur
  • Data / Maklumat
  • Perkakasan (hardware)
  • Perisian (software)
  • Komunikasi