Wednesday 14 March 2012

DATA COMMUNICATION

Data communication didefinasikan sebagai satu proses pertukaran/pemindahan maklumat yang berbentuk digital antara 2 peranti dengan menggunakan sis. penghantaran elektronik. Data ini mempunyai pelbagai format seperti .mp3, .mp4, .doc, .jpg, .gif, .avi dan lain-lain.

Terdapat 2 jenis isyarat yang digunakan dalam data communication iaitu isyarat analog dan isyarat digital.
Isyarat analog mempunyai isyarat yang berbeza-beza frequency (Hertz) dan amplitude (V/dB). Frequency dan amplitude dalah merupakan parameters bagi sesuatu gelombang dan mempunyai ralat yang lebih luas dan akan menghasilkan sine waves. Manakala isyarat digital pula adalah penghantaran digital yang akan ditukar ke dalam kod binari yang terdiri daripada dua unsur iaitu 1(on) dan 0(off). Ini merupakan bahasa komputer dan ianya mempunyai ralat yang kecil, lebih selamat, murah dan mudah untuk proses interface. Ianya akan menghasilkan square wave dan perlu ditukar kepada isyarat analog dan kemudiannya ditukar semula ke dalam bentuk digital supaya mudah untuk difahami oleh sis. komputer.

Mod Penghantaran Data

Terdapat dua cara untuk memindahkan data binari dari satu tempat ke satu tempat yang lain iaitu secara siri (serial) atau selari (parallel).
  • Siri (Serial) : setiap bit dihantar satu persatu melalui satu kabel dan kadar penghantaran adalah rendah/lambat.
  • Selari (Parallel) : semua bit dihantar secara serentak dan penggunaan kabel adalah banyak namun kadar penghantara data adalah tinggi/cepat.
Penghantaran siri dan selari adalah berbeza kerana ia mempunyai teknik tersendiri.
1. Teknik Synchronous
2. Teknik Asynchronous

Teknik Synchronous
Terdiri daripada blok atau FRAME dimana sejumlah data yang besar akan dihantar secara segerak dan penerima dan penghantar mesti dalam keadaan segerak untuk stu jangka masa yang lama.

Teknik Asynchronous
Teknik ini sama dengan mod penghantaran siri dimana data dihantar secara bebas dan penerima akan melakukan proses pergerakan pada setiap permulaan data yang baru diterima.

Pengaliran Data

Terdapat 3 cara pengaliran data iaitu :
  • Simplex
  • Half-duplex
  • Full duplex
1. Simplex : data dihantar melalui satu hala sahaja.
                 : e.g ; penyiaran radio dan TV.

2. Half-duplex : data dihantar secara dua hala tetapi tidak pada masa yang sama.
                       : e.g ; walkie-talkie

3. Full Duplex : data dihantar secara dua hala dan berlaku pada masa yang sama.
                      : e.g ; telefon

No comments:

Post a Comment