Tuesday 27 March 2012

NETWORK TOPOLOGY

Network Topology merujuk kepada bagaimana komputer-komputer disambungkan secara pemetaan dan ianya juga menunjukkan bagaimana sesuatu rangkaian itu direka bentuk (design/lay out). Ia terbahagi kepada 2 jenis iaitu topologi fizikal dan topologi logikal.

Topologi Fizikal :
Rangkaian yang melibatkan penggunaan perkakasan (hardware).

Topologi Logikal :
Rangkaian yang menggunakan kaedah pengaliran maklumat dari satu komputer kepada satu komputer yang lain yang terdapat dalam workstation.

Jenis-jenis Topologi Fizikal

1. Linear Bus
~ Linear bus juga dikenali sebagai rangkaian tulang belakang (backbone network).
~ Terdiri daripada satu kabel utama dengan terminator dikedua-duan hujungnya yang berfungsi sebagai alat untuk mengesan signal yang disalurkan pada kabel rangkaian.
~ Hanya satu komputer sahaja yang boleh menghantar maklumat dalam satu masa.
~ Maklumat akan dihantar melalui kabel dari satu komputer ke satu komputer yang lain sehingga maklumat sampai pada address khas.
~ Biasanya digunakan di kawasan yang kecil ; pejabat.
~ eg :  Ethernet & LocalTalk


2.  Star 
~ Setiap satu komputer disambungkan pada concentrator atau juga dukenali sebagai hub.
~ Semua maklumat yang dipindahkan daripada satu komputer ke komputer yang lain adalah melalui hub.
~ Hub adalah merupakan pusat kepada rangkaian dan berfungsi untuk mengawal trafik aliran maklumat.
~ Hub juga berfungsi sebagai repeater yang mana ianya mengambil dan mengumpul semua isyarat yang sampai kepadanya dan menghantar semula maklumat melalui laluan seterusnya.
~ Kebiasaanya menggunakan twisted-pair, coaxial cable dan fibre optic cable. 
~ Kerosakan pada komputer tidak menjejaskan rangkaian. 
~ eg :  Ethernet & LocalTalk



3.  Tree
~ Ianya adalah kombinasi linear bus dan star
~ Ia mengandungi kumpulan-kumpulan star yang bersusun dan bertulang belakangkan linear bus. 
~ Juga dikenali sebagai rangkaian hub to hub.
~ Rangkaiannya lebih luas dengan adanya repeater pada hub utama. 


NIC (Network Interface Controller)

Ianya adalah komponen perkakasan komputer yang menghubungkan komputer kepada rangkaian komputer. Tugas NIC adalah untuk mengubah aliran data paralel dalam linear bus menjadi bentuk data selari. Ianya berfungsi sebagai pengirim data kepada komputer lain dalam jaringan dan mengawal pengaliran data antara komputer dan sistem kabel. 


No comments:

Post a Comment